Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau menyeleweng dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disalurkan kepada badan perhubungan UMNO Kelantan.<br /><br />Menerusi satu kenyataan Mustapa berkata, semua dana parti itu telah diuruskan mengikut garis panduan parti termasuklah dana untuk pilihan raya yang diuruskan jawatankuasa berkenaan di peringkat Badan Perhubungan UMNO Kelantan.